DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin. Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENDANASIONAL

Sultan titah muhasabah diri, jauhi fitnah sepanjang Ramadan

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 23 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor menasihatkan umat Islam supaya menjauhkan diri daripada perbuatan tercela seperti mengadu domba dan menyebar fitnah di bulan Ramadan.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah umat Islam juga dinasihat menjadikan bulan mulia ini sebagai medan menginsafi dan bermuhasabah diri.

“Titah Baginda lagi, Ramadan adalah bulan terbaik untuk melipatgandakan amalan-amalan berpahala serta melakukan amal kebajikan.

“Baginda turut menasihatkan muslimin dan muslimat supaya terus mengimarahkan masjid dan surau termasuk menunaikan ibadah solat sunat tarawih secara berjemaah sepanjang bulan puasa ini,” menurut kenyataan Selangor Royal Office di Facebook.

Sehubungan itu, Baginda dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin mengucapkan selamat menyambut Ramadan 1444 Hijrah kepada seluruh umat Islam di Selangor khususnya.


Pengarang :