Penguat kuasa Pejabat Kesihatan Daerah Gombak menjalankan pemeriksaan di Bazar Ramadan Selayang Utama pada 27 Mac 2023. Foto Facebook
PBTSELANGOR

Tiada kursus kendali makanan, 15 peniaga bazar Ramadan di Selayang terima notis

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 29 MAC: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) memeriksa 100 gerai dan mengeluar 15 notis dalam operasi di Bazar Ramadan Selayang Utama kelmarin.

Notis yang dikeluar melibatkan kesalahan peniaga tidak mendapatkan suntikan typhoid dan tiada kursus kendali makanan seperti yang disyaratkan.

“Operasi tersebut dibuat dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Gombak.

“Pemeriksaan ini bertujuan untuk memeriksa pengendalian makanan adalah mengikut standard yang telah ditetapkan,” katanya melalui Facebook.

MPS turut mengingatkan peniaga agar memakai apron, topi serta pelitup muka semasa menjalankan perniagaan.

“Para peniaga juga diingatkan agar memastikan setiap pekerja mempunyai suntikan typhoid, kursus pengendalian makanan dan harus sentiasa dibawa semasa menjalankan perniagaan,” tambahnya.


Pengarang :