Orang ramai membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan PKNS, Shah Alam pada 3 April 2022. Kerajaan Negeri mengumumkan penggunaan pelitup muka diwajibkan kepada penjaja dan pengusaha restoran negeri ini mulai 1 Januari 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Tidak perlu beratur di bazar,  semak dan beli melalui sistem ePenjaja

SHAH ALAM, 7 MAC: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memperkenalkan sistem ePenjaja bagi memudahkan pelanggan membeli makanan dan minuman di bazar Ramadan tahun ini.

Timbalan Datuk Bandar Ir Cheremi Tarman berkata sistem dengan kerjasama Platform Selangor (PLATS) itu juga diusahakan bagi menggalakkan pendigitalan kepada peniaga kecil.

“Bermula bazar Ramadan tahun ini, sistem ePenjaja akan mempunyai direktori yang memudahkan orang ramai mengetahui barangan yang dijual di setiap bazar Ramadan.

“Pelanggan kemudiannya boleh menempah makanan melalui aplikasi Whatsapp kepada peniaga dan mengambil terus di lokasi,” katanya pada sidang media hari ini.


Timbalan Datuk Bandar MBSA Ir Cheremi Tarman pada sidang media selepas melancarkan sistem ePenjaja MBSA dan kempen pemakaian pelitup muka sempena penyerahan permit bazar Ramadan 2023 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 7 Mac 2023. Foto SOFIA NASIR/SELANGORKINI

Terdahulu Cheremi melancarkan sistem ePenjaja MBSA dan kempen pemakaian pelitup muka sempena penyerahan permit bazar Ramadan 2023 di Pusat Konvensyen MBSA di sini hari ini.

Beliau menjelaskan sistem ePenjaja digunakan sejak Januari lalu bertujuan memudahkan peniaga membuat permohonan lesen dan permit penjaja tanpa perlu beratur panjang.

Menurutnya melalui sistem berkenaan, permohonan diuruskan secara atas talian sepenuhnya bermula di peringkat permohonan, kelulusan, bayaran serta cetakan permit.


Pengarang :