AGENDANASIONAL

Tiga daerah di Selangor diramal ribut petir, hujan hingga 9 malam

SHAH ALAM, 19 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor melibatkan tiga daerah sehingga 9 malam ini.

Agensi tersebut menerusi Twitter memaklumkan daerah tersebut adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

Negeri lain pula, Perak melibatkan Larut, Matang dan Selama, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim; Negeri Sembilan (Jempol), Melaka (Jasin) serta Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulsi dan Johor Bahru).

Manakal Sarawak di Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit (Song), Miri (Marudi) dan Limbang.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :