Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat DUN Pandan Indah Nariza Zain. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Tiga masjid, 29 surau Pandan Indah terima RM67,000 jaya program Ramadan

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 1 MAC: 32 rumah ibadat sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah akan menerima sumbangan kemasyarakat berjumlah RM67,000 daripada Kerajaan Negeri sempena Ramadan tahun ini.

Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Nariza Zain berkata bantuan akan diserahkan pada 18 Mac itu memperuntukkan RM9,000 kepada tiga masjid dengan setiap satu menerima RM3,000 manakala RM58,000 untuk surau (RM2,000 setiap satu).

“Sumbangan akan dibuat dalam majlis hi-tea dan jawatankuasa masjid serta surau boleh menggunakannya untuk aktiviti sepanjang Ramadan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Nariza memberitahu PKM DUN Pandan Indah juga akan membuka permohonan baucar RM200 Jom Shopping Aidilfitri bermula 6 Mac ini.

“Borang permohonan boleh diisi di pejabat PKM DUN dan penyerahan akan dibuat 10 hari sebelum hari lebaran.

“Kita belum tahu kuota penyerahan baucar bagi tahun ini namun tahun lepas seramai 750 penduduk menerimanya,” ujarnya.


Pengarang :