Keadaan pekan Parit Sulong, Batu Pahat yang masih digenangi banjir termenung ketika tinjauan pada 9 Mac 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Tiga pusat pemindahan ditutup, mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun

JOHOR BAHRU, 20 MAC: Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 7,972 orang setakat jam 8 malam ini, berbanding 8,650 yang direkodkan pada jam 4 petang tadi susulan penutupan tiga pusat pemindahan sementara (PPS).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), memaklumkan, PPS yang ditutup adalah Sekolah Agama Kangkar Merlimau, Sekolah Kebangsaan (SK) Air Hitam dan Felcra Sri Wangi.

Menurut JPBN, penutupan PPS tersebut menjadikan keseluruhan 44 PPS yang menempatkan 2,299 keluarga masih beroperasi, setakat ini.

“Tiga PPS yang menempatkan jumlah mangsa tertinggi adalah SK Seri Aman (552), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Li Chun (522) dan Dewan Orang Ramai Parit Yaani (437),” menurut jawatankuasa itu dalam satu kenyataan malam ini.

Sebanyak tiga sungai di Batu Pahat masih berada pada tahap amaran iaitu Empangan Bekok di Sungai Bekok (19.12 meter), Empangan Sembrong di Sungai Sembrong (11.27 m) dan Sungai Senggarang di Senggarang (3.28 m).

Cuaca di lapan daerah diramalkan mendung malam ini manakala Johor Bahru hujan dan cuaca baik di Kluang.

– BERNAMA


Pengarang :