Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Majlis Mahabbah Ramadan Bersama Penjawat Awam di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 23 April 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Tonton siaran langsung amanat MB di SelangorTV petang ini

SHAH ALAM, 31 MAC: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dijadual menyampaikan amanat penting dalam program berbuka puasa Rapat Rahmah Ramadan bersama penjawat awam hari ini.

Beliau juga akan berbuka puasa bersama kakitangan awam dalam majlis khas tersebut sempena sambutan Ramadan di bangunan pentadbiran negeri bermula jam 5.30 petang.

Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim dan Pegawai Kewangan Negeri Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin serta barisan EXCO dijadual hadir dalam program tersebut.

Orang ramai boleh mengikuti perjalanan program berkenaan yang dipancar secara langsung menerusi Facebook Media Selangor dan YouTube SelangorTV.


Pengarang :