Pelajar diraikan sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (Unisel) ke-16 di Dewan Canselor Unisel kampus Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 3 Disember 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Unisel perluas kerjasama, pikat pelajar luar negara sambung pengajian

SHAH ALAM, 30 MAC: Universiti Selangor (Unisel) mengadakan lawatan ke beberapa negara untuk menarik lebih ramai pelajar luar menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi tersebut.

Naib presiden dan timbalan naib canselor (pembangunan pelajar dan jaringan komuniti) berkata pihaknya  mempromosi kursus ditawar universiti itu selain mengembangkan jaringan kerjasama antarabangsa.

“Sekarang kita sedang buka pasaran baharu di luar negara. Baru-baru ini kita ke Patani, Thailand dan Julai nanti ke Padang, Indonesia.

“Sebelum ini kita turut memeterai 18 memorandum persefahaman (MoU) di Sumatera, Indonesia bagi pertukaran pelajar,” kata Prof Madya Dr Hamdan Mohd Salleh.

Beliau turut memaklumkan lawatan akan diteruskan ke Oman dijangka akhir tahun ini bagi mengeratkan kerjasama kedua-dua pihak.

“Apatah lagi kita memiliki ramai pelajar doktor falsafaha (PhD) dari Oman dengan sebahagian besarnya pelajar tersebut merupakan ahli Parlimen,” katanya.


Pengarang :