Seramai 522 pelajar baharu melafazkan ikrar pada Majlis Ikrar Pelajar Baharu yang berlangsung di Dewan Canselor, Unisel kampus Bestari Jaya pada 20 November 2021. Foto Facebook Unisel
AGENSISELANGOR

Unisel sasar kemasukan 3,500 pelajar baharu tahun ini

SHAH ALAM, 30 MAC: Universiti Selangor (Unisel) menyasarkan seramai 3,500 pelajar baharu mendaftar di institusi itu bagi tiga sesi pengambilan tahun ini.

Naib presiden dan timbalan naib canselor berkata sasaran kemasukan pelajar sesi April, Julai dan November melibatkan pengajian peringkat asasi hingga doktor falsafah (PhD).

“Beberapa jurusan dijangka mendapat permintaan tinggi pelajar antaranya pendidikan awal kanak-kanak (PAKK), pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (TESL), seni visual dan teknologi maklumat (IT).

“Ada juga jurusan yang dijangka mencabar kemasukannya iaitu kejuruteraan memandangkan kita bukan negara pencipta tetapi negara pengguna,” kata Prof Madya Dr Hamdan Mohd Salleh yang memaklumkan kira-kira 700 mahasiswa baharu mendaftar bagi sesi April.

Antara pelajar yang mendaftar di Unisel pada 26 Mei 2018. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Menurutnya, kebanyakan mereka pelajar yang menyambung pengajian dari peringkat diploma ke ijazah sarjana muda dalam pelbagai jurusan ditawarkan institusi terbabit.

“Secara asasnya keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) belum keluar, maka kemasukan pelajar diploma tidak ramai iaitu sekitar 100 hingga 200 orang,” katanya.


Pengarang :