Seorang pekerja kedai menjual peralatan kenderaan membersihkan kedai selepas air mulai surut akibat di landa banjir di Jalan Kota Kecil 1, di Bandar Kota Tinggi, Johor pada 1 Mac 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Usahawan Bumiputera terjejas banjir boleh jadual semula bayaran pinjaman

SHAH ALAM, 13 MAC: Usahawan Bumiputera terjejas banjir boleh menjadual semula bayaran pinjaman di bawah agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop).

Menterinya Datuk Ewon Benedick menjelaskan usahawan terbabit juga diberi kelonggaran penangguhan bayaran sehingga enam bulan.

“Usahawan terjejas banjir dan yang meminjam daripada agensi kita, ada dasar untuk beri kelonggaran kepada usahawan ini.

“(Usahawan ini boleh) menjadualkan pembiayaan atau menangguhkan pembayaran mereka sehingga maksimum enam bulan,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Tenggara Manndzri Nasib yang meminta kementerian terbabit menyatakan langkah membantu usahawan yang terjejas akibat banjir.


Pengarang :