Persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) di Bangunan Annex, Shah Alam pada 24 Ogos 2021. Foto RADIN WAZIR
AGENDANASIONAL

Usul pembangunan kanak-kanak dibawa ke sidang Dewan Negeri

SHAH ALAM, 3 MAC: Dasar pembangunan kanak-kanak antara perkara yang akan diusulkan pada sidang Dewan Negeri Selangor mulai 14 Mac ini, kata EXCO pembangunan wanita dan keluarga.

Dr Siti Mariah Mahmud menjelaskan usul itu bagi mewujudkan persekitaran dan suasana harmoni dalam kehidupan kanak-kanak merangkumi semua aspek antaranya pendidikan dan kesihatan.

“Usul ini juga meliputi hak kanak-kanak. Mereka perlu tahu hak mereka demi menjalani kehidupan lebih sejahtera. Ia membabitkan semua kanak-kanak berusia bawah 18 tahun.

“Sekiranya usul diluluskan, Selangor mungkin negeri pertama yang mempunyai dasar ini. Kita mahu lahirkan generasi masa depan yang berwawasan dan berdaya,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau menjelaskan segala objektif dan pelaksanaan yang diusul dan dikemukakan nanti berdasarkan tinjauan firma penyelidikan Merdeka Center.

“Hasil dari kaji selidik itu kita bincangkan lebih lanjut bersama pakar, agensi serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Kita mahu pelaksanaan mantap dan menjamin keperluan hidup kanak-kanak,” katanya.

 

 


Pengarang :