ADNSELANGOR

Warga DUN Bandar Utama dipelawa mohon baucar beli-belah Aidilfitri

SHAH ALAM, 18 MAC: Warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama berpendapatan seisi rumah RM3,000 ke bawah dipelawa memohon baucar beli-belah Aidilfitri sehingga 30 Mac ini.

Wakil rakyatnya Jamaliah Jamaluddin memaklumkan permohonan inisiatif Jom Shopping itu dibuka kepada masyarakat yang menyambut perayaan itu dengan syarat pengundi atau penduduk di kawasan berkenaan.

Katanya penerima Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) tidak layak untuk memohon baucar RM200 selain keutamaan diberi kepada pemohon bukan penerima Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS).

Ahli Dewan Negeri Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

“Kuota adalah terhad dan sila muat turun borang di tiny.cc/JSPRayaBU2023 atau dapatkan di pejabat DUN Bandar Utama.

“Sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh hubungi talian 03-7726 0441,” katanya di Facebook.

Belanjawan Selangor 2023 memperuntuk RM16.48 juta bagi program pemberian baucar Jom Shopping sempena perayaan yang akan memanfaatkan 82,400 penerima.

Program bantuan yang dilaksanakan sempena tiga perayaan utama iaitu Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali bertujuan meringankan beban keluarga kurang berkemampuan untuk membeli barangan keperluan.

Nilai baucar juga dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 berikutan situasi ekonomi dan keperluan rakyat.

Secara keseluruhan, Kerajaan Negeri menganggarkan 82,400 penerima bagi program ini yang akan diperuntukkan sebanyak RM16.8 juta.


Pengarang :