AGENDAJENAYAH

Warga emas tak sempat selamatkan diri maut dalam kebakaran rumah

KUANTAN, 18 MAC: Lelaki warga emas maut dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Paya Keladi, Kuala Lipis hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis Superintenden Azli Mohd Noor berkata kejadian dipercayai berlaku pada jam 5 petang.

“Mangsa berusia 77 tahun yang tinggal seorang diri ditemukan kira-kira lima meter dari rumahnya, dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri semasa kebakaran berlaku,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Ismail Abdul Ghani berkata kebakaran tersebut menyebabkan rumah kayu itu musnah.

– BERNAMA


Pengarang :