AGENSISELANGOR

Yawas buka pendaftaran skim bantuan tadika mulai 3 April

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 29 MAC: Pendaftaran Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) bagi sesi 2023 dibuka mulai 3 April ini.

Menurut Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) skim itu menawarkan subsidi yuran berjumlah RM50 sebulan kepada pemohon yang layak.

“Bantuan yuran bukan dalam bentuk wang tunai sebaliknya disalurkan terus kepada tadika berdaftar di https://tunasv2.yawas.my/admin/list_tadika.php. Jangan lepaskan peluang anda!” katanya di Facebook.

Pendaftaran baharu boleh layari http://tunas.yawas.my/. Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 03-5481 8800 atau layari laman sosial Facebook dan Instagram Yawas serta Youtube Yawas TV.


Pengarang :