Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide), Tan Sri Mazlan Mansor (kanan) bersama Pengerusi Lembaga Zakat Selangor, Tan Sri Syed Anwar Jamalullail (dua,kanan) melawat Pusat Dialisis Mais Cawangan Bukit Jelutong selepas majlis penyerahan sijil akuan akreditasi MSQH kepada Pusat Dialisis Mais Bukit Jelutong di Shah Alam pada 16 Mac 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Yide sasar buka empat lagi cawangan pusat dialisis

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 17 MAC: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyasarkan membuka empat lagi cawangan pusat dialisis dalam masa terdekat.

Pengerusinya Tan Sri Mazlan Mansor berkata perkara itu bakal direalisasikan selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) baru-baru ini.

“Alhamdulillah perbincangan tempoh hari disambut baik oleh Pengerusi LZS Tan Sri Syed Anwar Jamalullail bila kita nyatakan hasrat bekerjasama dengan LZS untuk buka cawangan pusat dialisis.

“Namun segala perincian masih dalam perbincangan memandangkan banyak perkara perlu diteliti termasuk dari sudut pengoperasian dan logistik,” katanya.

Beliau ditemui pada majlis penyerahan sijil akreditasi Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH) kepada pusat dialisis Mais cawangan Bukit Jelutong di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, di sini, semalam.

Mengulas lanjut Mazlan berkata setakat ini Yide sudah mendapat kebenaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membuka cawangan pusat dialisis di Masjid Ar Raudah U10, di sini dalam masa terdekat.


Pengarang :