Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan bergambar bersama anak yatim pada majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) kepada anak yatim sekitar daerah Klang di Masjid Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang, Klang pada 25 Mac 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Yide sasar kutipan kupon infaq yatim Ramadan RM2 juta

KLANG, 26 MAC: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyasarkan kutipan kupon infaq yatim RM2 juta sepanjang Ramadan tahun ini.

Pengerusinya, Tan Sri Mazlan Mansor berkata bermula Ramadan tahun ini Yide mengedarkan kupon infaq yatim di semua masjid di Selangor.

“Ia melibatkan 478 masjid di seluruh Selangor. Kita harap dengan lebih banyak masjid dan aktiviti yang sudah berjalan seperti biasa kutipan RM2 juta dapat dicapai tahun ini.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan sumbangan kepada anak yatim pada majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) kepada anak yatim sekitar daerah Klang di Masjid Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang, Klang pada 25 Mac 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Sebelum ini, hanya lima daerah sahaja diedarkan dengan kutipan tahun lalu RM1.3 juta,” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri Yide kepada anak yatim yang menyaksikan 1,787 anak yatim daerah Klang menerima sumbangan RM268,050.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan mencemar duli menyerahkan sumbangan Aidilfitri Yide kepada anak yatim terlibat di Masjid Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang di sini semalam.

Pengerusi Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) Tan Sri Mazlan Mansor bercakap kepada media selepas majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim sekitar daerah Klang di Masjid Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang, Klang pada 25 Mac 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Kutipan kupon infaq yatim bernilai RM2 dijalankan dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan ketua penolong amil fitrah serta penolong amil fitrah sebagai alternatif orang ramai menyalurkan infaq sepanjang Ramadan.


Pengarang :