Ahli Dewan Negeri (ADN) Hulu Kelang Saari Sungib (duduk, tengah) bergambar bersama jawatankuasa Surau Taman Permata pada majlis iftar di Surau Taman Permata pada 12 April 2023. Foto Facebook Saari Sungib
ADNSELANGOR

12 surau, madrasah dan masjid Hulu Kelang terima bantuan iftar

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 14 APRIL: Sebanyak 12 surau, madrasah dan masjid sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang menerima bantuan RM15,000 sepanjang Ramadan.

Pengurus Pusat Khidmat Masyarakatnya berkata sumbangan bertujuan membantu rumah ibadat tersebut menganjur majlis berbuka puasa.

“Bantuan saban tahun ini diberi sebagai sokongan untuk membantu pihak jawatankuasa surau, madrasah dan masjid menyantuni kariah mereka pada program iftar anjuran masing-masing.

“Pihak DUN Hulu Kelang sudah menyerahkan peruntukan sejumlah RM15,000 kepada 10 buah surau dan madrasah termasuk dua masjid,” kata Mohd Helmizan Abdul Karim.

Rabu lalu, wakil rakyatnya Saari Sungib menyampaikan sumbangan RM1,500 kepada Surau Taman Permata selain menghadiah tiga buku tulisan beliau dan isteri kepada ahli kariah.

Jelas Helmizan lagi, pihaknya turut menerima permohonan pemasangan kamera litar tertutup untuk kegunaan masjid.


Pengarang :