EXCO Hal Ehwal Pengguna Mohd Zawawi Ahmad Mughni serta Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor Mohd Zuhairi Mat Radey memantau pematuhan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Aidilfitri peringkat Selangor di ST Rosyam Mart, Seksyen 9, Shah Alam pada 18 April 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDAEXCONASIONAL

262 penguat kuasa KPDN Selangor pantau harga barang kawalan Aidilfitri ini

SHAH ALAM, 18 APRIL: Seramai 262 penguat kuasa dan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memantau harga barang dari 15 hingga 30 April ini.

EXCO hal ehwal pengguna berkata menerusi pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Aidilfitri, kakitangan itu memantau penetapan harga dan tanda merah jambu 30 barang kawalan.

“Tanda merah jambu wajib dipatuhi untuk memudahkan pengguna mengenal pasti barang di bawah skim ini.

EXCO Hal Ehwal Pengguna Mohd Zawawi Ahmad Mughni (kiri) serta Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor Mohd Zuhairi Mat Radey melihat harga telur ayam ketika pematuhan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Aidilfitri peringkat Selangor di ST Rosyam Mart, Seksyen 9, Shah Alam pada 18 April 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Lain-lain perkara yang akan diperiksa ialah penentusahan alat timbang sukat, tidak menjual melebihi harga maksimum selain memastikan bekalan sentiasa ada,” kata Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Terdahulu beliau bersama pentadbiran KPDN Selangor menjalankan pemeriksaan dan tinjauan SHMMP di Pasar raya ST Rosyam Mart di sini hari ini.

Skim selama 16 hari itu mengawal harga 30 barangan termasuk enam jenis produk daripada kategori ayam dan telur.


Pengarang :