Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara Ng Sze Han menyampaikan cek sumbangan Ramadan kepada wakil masjid dan surau sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara di bazar Ramadan BK 5, Bandar Kinrara, Subang Jaya pada 4 April 2023. Foto SUHAILA SHAHRUL ANNUAR/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

30 masjid, surau DUN Kinrara terima bantuan Ramadan RM34,000

SUBANG JAYA, 4 APRIL: Sebanyak 30 masjid dan surau sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara menerima sumbangan sempena Ramadan tahun ini.

Wakil rakyatnya Ng Sze Han berkata keseluruhan sumbangan membabitkan kira-kira RM34,000 itu diharap membantu untuk pelaksanaan program berbuka puasa dan pelbagai aktiviti lain.

“Sumbangan diberi kepada semua surau dan masjid yang memohon. Bagi surau sumbangan sebanyak RM1,000 manakala masjid RM2,000 setiap satu.

“Ini untuk penyediaan buka puasa atau sebarang aktiviti Ramadan yang dilaksanakan pihak surau dan masjid,” katanya ketika ditemui selepas program walkabout bazar Ramadan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di bazar Ramadan BK 5, Bandar Kinrara, di sini, semalam.

Terdahulu, Sze Han mengagihkan kupon makanan bernilai RM10 kepada 200 pengunjung terawal bazar berkenaan yang membawa bekas makanan sendiri sebagai inisiatif menggalakkan budaya bebas plastik.

Pengarang :