Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI Ahmad Azri Zainal Nor (empat, kanan) dan Penyelaras DUN Gombak Setia Abdul Rahim Ahmad Kasdi (tengah) bergambar bersama penerima sumbangan selepas majlis penyerahan sumbangan ehsan kepada peniaga mangsa ribut di Bazar Ramadan Greenwood, Gombak. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

34 peniaga bazar Ramadan terjejas akibat ribut terima sumbangan MBI

Oleh Diana Abd Wahab

GOMBAK, 16  APRIL: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyerahkan sumbangan berjumlah RM200 kepada peniaga di bazar Ramadan, Greenwood yang terjejas akibat hujan dan ribut Jumaat lalu.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporatnya Ahmad Azri Zainal Nor berkata bantuan kecemasan itu diberikan kepada peniaga yang mengalami kerosakan  khemah dan barangan jualan.

“Musibah yang melanda peniaga dalam kejadian ribut dua hari lalu di kawasan ini mendapat perhatian Dato Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari yang kini berada di Mekah.

“Beliau arahkan MBI untuk salurkan bantuan ehsan kepada peniaga yang terjejas dalam kejadian itu,” katanya kepada Selangorkini.

Terdahulu beliau menyampaikan sumbangan kepada 34 peniaga yang terjejas di bazar Ramadan di Greenwood di sini, petang tadi.

Penyelaras DUN Gombak Setia Abdul Rahim Ahmad Kasdi (kiri) menyampaikan sumbangan ehsan kepada peniaga peniaga mangsa ribut di Bazar Ramadan Greenwood, Gombak. Hadir sama Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI Ahmad Azri Zainal Nor (kanan). Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Beliau berkata sumbangan itu adalah tanda keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap bencana yang terjadi di kawasan tersebut.

Difahamkan kejadian itu mengakibatkan banyak khemah peniaga bazar di kawasan tersebut rosak walaupun kejadian tersebut berlaku hanya dalam tempoh lima minit.


Pengarang :