Pegawai Khas Perhubungan Masyarakat Dato’ Menteri Besar Dr G Gunaraj ketika sidang media pelancaran Program Selangor Junior Super Star 2023 di Pusat Pembangunan Komuniti, Taman Sentosa, Klang pada 13 April 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

446 baucar beli-belah diagih kepada penduduk DUN Sentosa

KLANG, 14 APRIL: Sebanyak 446 baucar beli-belah bernilai RM200 diagihkan kepada penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa sempena Aidilfitri.

Wakik rakyatnya Dr G Gunaraj berkata kuota diperuntukkan untuk penerima baucar terdiri daripada golongan berpendapatan rendah adalah seramai 500 individu.

“Setakat ini 446 individu sudah menerima baucar ini sejak agihan dibuat bermula minggu lalu.

“Mereka yang belum mengambilnya boleh menuntutnya di pejabat pusat khidmat pelanggan DUN Sentosa selewat-lewatnya 19 April,” katanya ditemui selepas pelancaran program Selangor Junior Superstar 2023 di sini semalam.

Jom Shopping Perayaan merupakan bantuan sempena tiga perayaan utama bagi meringankan beban puluhan ribu keluarga kurang berkemampuan untuk membuat persiapan.

Menerusi Belanjawan Selangor 2023, Kerajaan Negeri memperuntuk RM16.48 juta bagi pemberian baucar tersebut dengan kadar inisiatif dinaikkan RM100 untuk setiap keluarga.

Had pendapatan bulanan isi rumah turut ditingkatkan daripada RM2,000 kepada RM3,000 sebulan dan memanfaatkan 82,400 penerima di seluruh negeri.


Pengarang :