Ahli Dewan Negeri Sungai Ramal Mazwan Johar (kiri) bersama penerima baucar Jom Shopping Aidilfitri di Econsave Reko Sentral pada 2 April 2023. Foto Facebook Mazwan Johar
ADNSELANGOR

850 warga DUN Sungai Ramal terima baucar beli belah Aidilfitri RM200

SHAH ALAM, 3 APRIL: Seramai 850 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Ramal layak menerima baucar beli-belah Aidilfitri tahun ini.

Wakil rakyatnya Mazwan Johar berkata setiap individu menerima baucar bernilai RM200 menerusi inisiatif Jom Shopping itu.

ADN Sungai Ramal Mazwan Johar. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Nilai baucar pada tahun ini dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 bermula tahun ini.

“Ini adalah bukti keprihatinan Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan rakyat,” katanya di Facebook.

Jom Shopping Perayaan merupakan bantuan bersempena tiga perayaan utama bagi meringankan beban keluarga kurang berkemampuan untuk menyediakan kelengkapan.

Tahun ini, kadar inisiatif dinaikkan kepada RM200 setiap keluarga selain had pendapatan bulanan isi rumah ditingkatkan daripada RM2,000 kepada RM3,000 sebulan.

Belanjawan Selangor 2023 memperuntuk RM16.48 juta bagi pemberian baucar tersebut, yang akan memanfaatkan 82,400 penerima di seluruh negeri.


Pengarang :