Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menerima cek cura sumbangan zakat PTPTN bagi bantuan Aidilfitri Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) kepada anak yatim Selangor di Rumah Anak Yatim Hidayah Al Hijrah, Hulu Langat pada 1 April 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

900 anak yatim seliaan Yide terima bantuan sekolah, tabung simpanan pendidikan

HULU LANGAT, 1 APRIL: Sebanyak RM212,000 disumbangkan syarikat Central Sugar Refinery Sdn Bhd kepada 23 buah rumah anak yatim seliaan Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) hari ini.

Pengerusi Yide Tan Sri Mazlan Mansor berkata daripada jumlah itu sebanyak RM60,550 diperuntuk bagi pembiayaan tabung Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) anak yatim di negeri ini.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) Tan Sri Mazlan Mansor. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Manakala, bakinya adalah untuk mereka membeli kelengkapan persekolahan. Sumbangan ini akan memanfaatkan seramai lebih kurang 900 anak yatim di seluruh Selangor,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas penyerahan sumbangan Aidilfitri Yide di Rumah Anak Yatim Hidayah Al Hijrah, di sini hari ini.

Turut berkenan mencemar duli menghulurkan sumbangan Aidilfitri adalah Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Selain itu, Mazlan berkata Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) turut menyalurkan sumbangan RM40,000 kepada 200 anak yatim seliaan Yide yang terpilih.

“Setiap anak yatim ini menerima RM200 iaitu RM150 dalam bentuk tunai manakala RM50 lagi dimasukkan ke dalam akaun simpanan SSPN Prime,” katanya lagi.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyerahkan sumbangan Aidilfitri Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) kepada anak yatim di Rumah Anak Yatim Hidayah Al Hijrah, Hulu Langat pada 1 April 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :