Aliran trafik lancar setakat jam 9 pagi pada 22 April 2023 di Lebuhraya Utara Selatan PLUS arah Selatan disebabkan ramai warga kota sudah mula pulang ke kampung sejak beberapa hari lepas untuk menyambut Aidilfitri. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama setakat 10.30 pagi

KUALA LUMPUR, 23 APRIL: Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama setakat 10.30 pagi ini berikutan pertambahan kenderaan sempena sambutan Aidilfitri yang memasuki hari kedua.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata trafik mula perlahan sebelum Plaza Tol Gombak dari arah Batu Caves dan bilangan kenderaan dijangka bertambah menjelang tengah hari.

Trafik menuju ke utara dilaporkan perlahan dari Slim River ke Tapah dan situasi sama juga ke arah selatan dari Seremban ke Pedas Linggi serta Southville ke Nilai.

Sementara itu, trafik turut dilaporkan perlahan dari Kulai ke Sedenak.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA


Pengarang :