Pengasas Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia (DDII) Hardi M. Arifin meninggal dunia pada 30 April 2023. Foto Facebook Anwar Ibrahim
AGENDANASIONAL

Anwar zahir ucapan takziah buat keluarga pengasas Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia

KUALA LUMPUR, 30 APRIL: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pengasas Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia (DDII) Hardi M. Arifin yang telah kembali ke rahmatullah hari ini.

Anwar menerusi hantaran di laman Facebooknya mengutuskan salam takziah buat keluarga dan sahabat-sahabat di Indonesia dan mendoakan agar Allahyarham diberikan ganjaran dan tempat yang terbaik oleh Allah SWT.

“Almarhum Pak Hardi yang saya kenali merupakan pembina Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia (DDII) bersama Pak Natsir serta terlibat dalam mengasaskan Universitas Ibnu Khaldun, Bogor.

“Saya utuskan salam takziah buat keluarga dan teman-teman di Indonesia yang saya pasti amat terkesan dengan kehilangan Almarhum Pak Hardi yang amat kita kasihi,” katanya.

Hardi, 84, merupakan aktivis Pelajar Islam Indonesia (PII) dan Gerakan Pemuda Islam Indonesia (GPII) tahun 60-an.

– BERNAMA


Pengarang :