Foto Arkib Selangorkini
AGENDAJENAYAH

Budak baru balik kelas mengaji ditemui maut, jatuh kondominium

KUALA LUMPUR, 5 APRIL: Mayat kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemui selepas dipercayai terjatuh dari tingkat atas sebuah kondominium di Jalan Langkawi, Setapak, di sini semalam.

Insiden itu disedari penduduk setempat kira kira jam 7 malam.

Difahamkan, kanak-kanak warga Somalia itu baru selesai menghadiri kelas mengaji di Blok A kondominium berkenaan.

Namun, ibu mangsa berasa cemas apabila gagal menemui anaknya ketika hendak menjemputnya pulang.

Kedua-dua anak beranak itu dipercayai merupakan warga Somalia dan pemegang Kad UNHCR (Agensi Pelarian PBB) sejak 2017.

Difahamkan polis turut menemui beg sandang mengandungi al-Quran di tingkat 4 berhampiran tangga dekat Blok B.

Kenyataan media oleh Ketua Polis Kuala Lumpur akan dikeluarkan dalam waktu terdekat, lapor AstroAwani.


Pengarang :