Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming ketika sesi penggulungan belanjawan pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Parlimen pada 8 Mac 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Dana pinjaman mikrokredit RM157 juta bantu warga kampung baru rancak ekonomi setempat

SUBANG JAYA, 7 APRIL: Sejumlah RM157 juta disediakan Kerajaan sebagai dana pinjaman mikrokredit untuk warga kampung baru bagi merancakkan ekonomi setempat.

Menteri pembangunan kerajaan tempatan berkata pembiayaan dari RM5,000 hingga RM150,000 boleh dimohon selepas Aidilfitri melalui Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP) yang bakal dilantik.

“Pinjaman mikrokredit itu boleh digunakan untuk membesarkan atau memulakan perniagaan, baik pulih rumah usang serta pelbagai lagi tujuan,” kata Nga Kor Ming selepas merasmikan Fiesta Selangor New Village-ING di Pavilion Bukit Jalil, hari ini.

“Skim ini terbuka untuk semua warga kampung baru khususnya anak muda selain warga emas juga boleh memohon. Kadar faedahnya efektif serta jauh lebih rendah daripada bank iaitu 2.25 peratus.”

Kor Ming berkata kerajaan akan menyediakan peruntukan untuk membantu masyarakat kurang berkemampuan di kampung baru yang tiada rumah.

“Satu dana akan disediakan untuk mereka membina rumah, ini sebagai hadiah istimewa Kerajaan Perpaduan dan tanda keprihatinan kepada warga kampung baru,” katanya.


Pengarang :