Oleh Shamz Johan
SHAH ALAM, 14 APRIL: Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama menyumbang lebih RM53,000 kepada empat masjid dan lapan surau sempena Ramadan.
Wakil rakyatnya Jamaliah Jamaluddin berkata sumbangan tersebut bagi membantu masjid dan surau menjalankan program imarah serta pelbagai aktiviti lain.
“Saya berharap pengurusan masjid dan surau dapat memanfaatkan sumbangan ini untuk menganjurkan program yang memberi manfaat kepada kariah setempat.
“Pejabat DUN Bandar Utama bersedia menjalin kerjasama bagi memastikan program yang dianjur berjalan lancar bukan sahaja pada Ramadan tetapi pada bulan lain juga,” katanya kepada Selangorkini
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/04/jamaliah-1-500x500.jpg)