Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Michelle Ng melihat Muhamad Mer Nullah Khan bermain papan seluncur ketika melawat tapak papan selaju Laman Usj 1 Subang Jaya pada 6 April 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

DUN Subang Jaya julung kali anjur pertandingan papan selaju, program dijangka Jun

SUBANG JAYA, 6 APRIL: Sebanyak RM15,000 ditawarkan sebagai ganjaran dalam pertandingan papan selaju anjuran Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya.

Wakil rakyatnya Michelle Ng berkata pertandingan julung kali itu dijadual berlangsung Jun hadapan di Laman Sukan USJ 1, di sini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Michelle Ng (empat kanan) bergambar bersama selepas melawat tapak skatepark Laman Usj 1 Subang Jaya pada 6 April 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Peruntukan akan disalurkan daripada pejabat saya, Penggerak Belia Selangor (PeBS) Subang Jaya, Majlis Perwakilan Penduduk Zon 4 dengan kos program serta hadiah sebanyak RM15,000.

“Bagaimanapun butiran pendaftaran pertandingan akan diumumkan kemudian melalui media sosial,” katanya ketika ditemui hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri majlis penyerahan taman papan selaju yang selesai dinaik taraf kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di Laman Sukan USJ di sini.

Taman papan selaju berusia lebih 20 tahun itu berdepan masalah usang dan infrastruktur yang tidak boleh digunakan lagi.

Kerja naik taraf yang dilaksana dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Selangor sejak 14 November dan siap sepenuhnya 22 Mac lalu menelan belanja RM95,500.

Taman papan selaju di Laman Usj 1 Subang Jaya. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Pengarang :