Keadaan aliran trafik yang perlahan di Plaza Tol Gombak dari kedua-dua arah selepas orang ramai mula pulang dari bercuti di kampung halaman ketika tinjauan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 24 April 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Empat sekeluarga pengsan sebelum langgar pintu Plaza Tol Bentong

KUANTAN, 25 APRIL: Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak ditemukan tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta yang merempuh pintu Plaza Tol Bentong, arah barat, di Bentong semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Zaiham Mohd Kahar berkata kejadian berlaku pada 2.40 petang dan kejadian disedari anggota polis yang menjalankan rondaan Op Selamat serta kakitangan tol yang kemudiannya mengeluarkan mangsa dengan bantuan orang awam.

“Mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Tok Bali, Kelantan ke Balakong, Selangor dan pemeriksaan perubatan mengesahkan mereka tidak sedarkan diri akibat kekurangan oksigen dalam badan.

“Keadaan itu seterusnya mengakibatkan kenderaan terlibat melanggar pintu tol tersebut,” katanya menerusi kenyataan ringkas, di sini.

Semua mangsa, bagaimanapun, difahamkan telah sedarkan diri dan berada dalam keadaan selamat.

-BERNAMA


Pengarang :