EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam Ir Izham Hashim berucap sempena Bengkel Kajian Semula Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) Lembangan Sungai Klang dan majlis berbuka puasa di Double Tree Hilton, I-City, Shah Alam pada 17 April 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

EXCO: Kerja turapan jalan seluruh negeri dilaksana dalam masa terdekat

SHAH ALAM, 25 APRIL: Kerja turapan jalan rosak secara besar-besaran di seluruh negeri akan dilaksana dalam masa terdekat, kata EXCO infrastruktur dan kemudahan awam.

Ir Izham Hashim berkata projek melibatkan kos RM50 juta menerusi peruntukan belanjawan tahun ini bermula di kawasan yang menerima laporan kerosakan terbanyak.

“Kita sudah bincang secara menyeluruh mengenai projek ini sebelum sambutan Aidilfitri dan sudah diteliti satu persatu.

“Jadi ia akan berjalan selepas ini menggunakan dana khas Kerajaan Negeri. Tak ganggu mana-mana peruntukan,” katanya kepada SelangorKini.

Pada 16 Januari lalu, Dato’ Menteri Besar memaklumkan projek turapan jalan raya secara mega meliputi penyelenggaraan dan pelebaran jalan bawah kelolaan negeri.

Dato’ Seri Amirudin Shari juga menggalakkan orang ramai melaporkan kejadian jalan rosak di komuniti mereka menerusi aplikasi Twitter dengan menghantar gambar, menulis aduan dan disertakan dengan tanda pagar #infrasel #daerah #namajalan.

Sejak 2021 hingga tahun lalu syarikat penyelenggara jalan negeri Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) melaksanakan lebih 39,000 kerja turapan jalan bagi memastikan keselesaan pengguna.

Semua jalan berlubang itu dibaiki dalam tempoh 24 jam berdasarkan aduan orang ramai.


Pengarang :