Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melawat reruai pameran kampung tradisi Selangor ketika Festival Kampung Baharu di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 8 April 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Festival Kampung Baharu Selangor beri peluang rakyat hayati pesona desa

KUALA LUMPUR, 8 APRIL: Kerajaan Negeri menganjurkan Festival Kampung Baharu Selangor selama tiga hari bermula semalam di Pavilion Bukit Jalil di sini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata festival itu julung kali diadakan bertujuan mempamer dan memperkenalkan produk bersejarah dari 77 Kampung Baharu di sekitar Selangor.

Menurutnya, pameran tiga hari itu bertemakan “Menemui Keindahan Kampung Baharu dan Mendedahkan Ciri Unik Setiap Kampung” turut menampilkan model landskap indah daripada 77 kampung yang dikelilingi dalam 12 astaka kampung baharu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama di reruai pameran Kampung Baru Sungai Jarom ketika Festival Kampung Baharu di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 8 April 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Secara keseluruhan ada 77 kampung baharu tetapi hari ini kita perkenalkan 12 yang ada ciri-ciri tertentu antaranya ada produk tersendiri, kepimpinan dan infrastruktur yang baik untuk diperkenalkan kepada umum.

“Ia sekali gus akan menjadi satu motivasi kepada kampung lain untuk segera memperbaiki dan membaik pulih kemudahan sedia ada selain kerap mengadakan aktiviti bagi menghidupkan ekonomi kampung baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas melawat Festival Kampung Baharu Selangor di sini hari ini.

Turut hadir EXCO Pembangunan Kampung Baharu Ng Sze Han dan Menteri Industri Utama Teresa Kok.

Pada masa sama, Amirudin turut mempelawa orang ramai untuk berkunjung ke festival yang berakhir esok itu selain menyasarkan 10,000 pengunjung bakal memeriahkan program berkenaan.

Festival itu menampilkan pelbagai komponen pameran antaranya jenis perkampungan baharu di Selangor, sejarah kampung, hasil seni kraftangan penduduk kampung, forum dan persembahan bagi masyarakat menghayati pesona kampung baharu Selangor.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melawat reruai pameran kampung tradisi Selangor ketika Festival Kampung Baharu di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 8 April 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :