AGENDANASIONAL

Hujan lebat, ribut petir diramal landa seluruh Selangor, KL hingga 7 malam

SHAH ALAM, 27 APRIL: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca sama di seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka serta beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Menerusi kenyataan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :