Orang ramai menunggu giliran untuk membeli barangan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran pada program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua di Medan Batu Caves, Gombak pada 2 April 2023. Foto AZIAN AZIZ/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Jualan murah DUN Sungai Tua laris, 300 pek daging terjual tidak sampai sejam

Oleh Azian Aziz

SELAYANG, 2 APRIL: Sebanyak 300 pek daging pejal beku terjual tidak sampai sejam dalam program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua di Medan Batu Caves, hari ini.

Pengurus Bazar Rakyat Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berkata daging menjadi pilihan pengunjung mungkin untuk juadah berbuka puasa atau disimpan sebagai persiapan hari raya.

Ahmad Damya Zakaria. Foto AZIAN AZIZ/SELANGORKINI

“Biasanya telur habis dulu, hari ini pukul 10.40 pagi daging dah habis. Bagaimanapun 300 papan telur, 500 ekor ayam dan 300 kampit beras habis juga pada pukul 11.30 pagi.

“Ikan dan minyak masak masih berbaki sedikit dan kita tutup jualan pukul 12 tengah hari kerana tiada lagi pengunjung,’’ katanya Ahmad Damya Zakaria ketika ditemui di program JER Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua di Medan Batu Caves di sini.

Menurutnya, kira-kira 450 orang datang berbelanja di JER hari ini, dan mereka beratur seawal 8 pagi.

“Disebabkan ramai yang datang beratur awal, jualan murah dibuka 15 mnit awal iaitu pada pukul 9.45 pagi,” katanya.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal beku (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Inisiatif tersebut memanfaatkan lebih dua juta penduduk Selangor sepanjang tiga bulan pelaksanaan dari September hingga Disember tahun lepas.

Susulan sambutan menggalakkan, Kerajaan Negeri memperluaskan jualan barangan asas murah ke 1,200 lokasi mulai 15 Januari hingga Mei.

Orang ramai menunggu giliran untuk membeli barangan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran pada program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua di Medan Batu Caves, Gombak pada 2 April 2023. Foto AZIAN AZIZ/SELANGORKINI

 


Pengarang :