Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) Dato’ Ramli Mohd Tahir ketika ditemu bual Media Selangor mengenai makluman terkini pengurusan sisa pepejal pascabanjir di pejabat KDEB, Shah Alam pada 27 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

KDEBWM: Lebih 7,000 tan sampah dikutip pada raya pertama, kedua

SHAH ALAM, 26 APRIL: KDEB Waste Management (KDEBWM) mengutip 7,643.15 tan sampah domestik pada dua hari pertama sambutan Aidilfitri.

Pengarah urusannya Dato’ Ramli Mohd Tahir berkata jumlah itu menurun berbanding tempoh sama tahun lalu yang mencatatkan hampir 10,000 tan sampah.

“Janaan sampah kurang tahun ini disebabkan ramai penduduk negeri ini menyambut raya di kampung memandangkan tempoh cuti yang panjang selain pemberian tol percuma.

“Walaupun jumlah penduduk berkurang pada masa-masa tertentu. KDEBWM tetap melaksanakan tanggungjawab membuat kutipan. KDEBWM bekerja setiap hari sepanjang tahun,” katanya kepada SelangorKini.

Sebelum sambutan Aidilfitri anak syarikat Kerajaan Negeri yang menguruskan sepenuhnya kutipan sampah domestik melaksanakan kutipan sampah pukal terutama di lokasi yang majoriti penduduknya Islam.


Pengarang :