Penyelaras DUN Gombak Setia A. Rahim Kasdi (dua, kanan) menziarahi Elia Omar (kanan) yang terjejas ekoran kediamannya dihempap pokok akibat ribut di Kampung Sungai Salak, Batu 10, Gombak pada 26 April 2023. Foto Facebook Pusat Khidmat Rakyat – Penyelaras Dun Gombak Setia
ADNSELANGOR

Keluarga rumah dihempap pokok terima bantuan RM500, barangan keperluan asas

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 28 APRIL: Keluarga yang terjejas ekoran kediamannya dihempap pokok dalam kejadian ribut menerima bantuan segera RM500 dan barangan keperluan asas dari Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak dan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.

Penyelaras DUN Gombak Setia A Rahim Kasdi berkata pihaknya turut pihaknya sedang menganalisa kerosakan rumah terbabit untuk kerja-kerja membaikpulih ketika membuat menzirahi keluarga berkenaan di Kampung Sungai Salak, Batu 10, Gombak, kelmarin.

“Pihak Parlimen dan DUN akan membantu membaikpulih kerosakan rumah mangsa dan kita ucapkan terima kasih kepada Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang telah membuat kerja-kerja pembersihan pokok-pokok yang tumbang.

“Ketika turun meninjau dan menyantuni keluarga mangsa, kami menghulurkan sumbangan wang tunai RM500 dan Bakul Rahmah yang berisi barang-barang keperluan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Penyelaras DUN Gombak Setia A Rahim Kasdi (kiri) meninjau keadaan rumah Elia Omar (kanan) rosak selepas dilanda ribut di Kampung Sungai Salak, Batu 10, Gombak pada 26 April 2023. Foto Facebook Pusat Khidmat Rakyat – Penyelaras Dun Gombak Setia

Beliau yang juga Setiausaha Politik Kawasan Dato’ Menteri Besar memberitahu lawatan tersebut juga bertujuan memberi keceriaan kepada keluarga mangsa ketika rata-rata umat islam masih dalam suasana Aidilfitri.

Turut mengiringi beliau pada lawatan tersebut adalah Ketua Kampung Gombak Utara, Tok Fouzi Danial, Pengerusi MPKK Gombak Utara, Penggerak Belia Selangor DUN Gombak Setia dan pegawai-pegawai Parlimen Gombak dan DUN Gombak Setia.

Sebuah keluarga di Kampung Sungai Salak, Batu 10, Gombak terjejas apabila bumbung rumah mereka rosak teruk selepas dihempap pokok yang tumbang akibat ribut kuat pada malam 25 April lalu.

 


Pengarang :