Orang ramai membeli barangan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika Jualan Mega Ehsan Aidilfitri 2023 di Wisma Kohijrah, Shah Alam pada 18 April 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

KoHijrah jual 2,000 ayam di jualan mega Aidilfitri, penuhi permintaan penduduk

SHAH ALAM, 19 APRIL: Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah) membawa lebih 2,000 ekor ayam sepanjang berlangsungnya Jualan Mega Ehsan Aidilfitri 2023 di tujuh lokasi bermula Sabtu lalu.

Pengurus besarnya berkata jumlah ayam dibawa adalah melebihi daripada kuota ditetapkan iaitu 1,200 ekor untuk program jualan tersebut kerana mahu semua penduduk dapat merasai dan membeli pada harga berpatutan.

“Begitu juga dengan produk lain seperti minyak masak 5 kilogram (kg) yang terjual sebanyak 1,300 botol manakala gula pula mencecah hampir 1,500 peket.

“Secara keseluruhan, semua barangan dijual mendapat sambutan dan memenuhi permintaan penduduk,” kata Mohammad Syukri Ismail ditemui pada program tersebut.

Pengurus Besar Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah) Mohammad Syukri Ismail. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Menurutnya, rata-rata penduduk amat gembira dan bersyukur dengan adanya jualan murah itu terutama menjelang Aidilfitri.

“Sambutan untuk program anjuran Kerajaan Negeri sangat bagus dan menggalakkan. Pengunjung yang datang sangat suka dan berpendapat ia membantu mengurangkan kos sara hidup.

“Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang prihatin dengan nasib rakyat,” katanya.


Pengarang :