KPDNHEP Selangor merampas peralatan digunakan dalam sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan di beberapa lokasi negeri ini pada 9 hingga 11 Ogos 2022. Foto KPDNHEP Selangor
AGENDAJENAYAH

KPDN sita 98,840 liter diesel bernilai lebih RM200,000

SEREMBAN, 14 APRIL: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan menyita 98,840 liter minyak diesel dengan nilai rampasan RM212,506 di sebuah premis di Port Dickson, petang semalam.

Pengarahnya, Muhammad Zahir Mazlan berkata pihaknya menyerbu premis di Taman Perindustrian Sri Lukut, mendapati premis terbabit memiliki diesel melebihi had 60,000 liter yang dibenarkan.

“Pemeriksaan di peringkat pemborong diesel bersubsidi itu dijalankan adalah tindakan proaktif KPDN bagi mengenal pasti dan menangani isu ketirisan diesel bersubsidi sepanjang tempoh OPS TIRIS dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

– BERNAMA


Pengarang :