Pengarah Urusan Kusel Khairul Azmi Misran (tengah) bersama ADN Rawang Chua Wei Kiat (kiri) menyerahkan sumbangan Aidilfitri kepada salah seorang anak yatim di Pusat Jagaan Pertubuhan Baitul Rahmah, Rawang baru-baru ini. Foto Facebook Kusel
AGENSISELANGOR

Kusel sumbang kelengkapan raya buat warga emas, anak yatim

SHAH ALAM, 14 APRIL: Seramai 77 penghuni dan penjaga Pusat Jagaan Pertubuhan Baitul Rahmah di Rawang menerima sumbangan daripada Koridor Utiliti Selangor Sdn Bhd (Kusel) sempena Aidilfitri.

Pengarah urusan Kusel memaklumkan agihan bersama pejabat Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang Rabu lalu meliputi kelengkapan raya selain sumbangan tunai RM2,000 kepada pusat jagaan terbabit.

Menurut Khairul Azmi Misran, sumbangan itu bagi memastikan tiada siapa yang tercicir dalam meraikan Syawal, yang sememangnya dinanti-nantikan seluruh umat Islam saban tahun.

“Justeru, menjadi harapan Kusel agar sumbangan yang disampaikan memberi kebahagiaan dan keceriaan kepada penghuni pusat jagaan ini sempena lebaran yang menjelang tiba,” katanya dalam kenyataan.

Kusel sebuah organisasi milikan penuh Kerajaan Selangor pernah menyempurnakan beberapa siri serahan sumbangan sebelum ini termasuk persiapan menghadapi banjir.


Pengarang :