AGENDABERITA UTAMARENCANA

Lokasi menarik untuk bergambar, OOTD di Selangor

Syawal memberi peluang orang ramai menggayakan pakaian dan fesyen baharu ketika ziarah-menziarahi sanak saudara dan rakan taulan.

Sebagai negeri pelancongan, Selangor menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk bergambar dengan pakaian baharu. Trend ini lebih popular disebut OOTD, ringkasan outfit of the day.

Wartawan NADIAH ZAMLUS menyenaraikan 10 lokasi menarik pilihan Tourism Selangor untuk bergambar dengan pakaian raya masing-masing.

 

Laman Seni 7, Shah Alam

Terletak di Seksyen 7 Shah Alam, lorong belakang kedai itu penuh lukisan mural dan tiga dimensi. Meja dan kerusi dilekat menjadi seni dinding. Hasilnya cukup indah untuk dirakam.

Laman Seni 7 di Shah Alam

 

Elmina Central Park, Shah Alam

Terletak dekat Lebuhraya Koridor Guthrie, ia mempunyai banyak daya tarikan untuk sesi foto. Antaranya Jambatan Ikonik Elmina dan Jambatan Pelangi.

Elmina Valley Park, Shah Alam

 

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

Dikenali Masjid Biru, ia terletak di Shah Alam. Memiliki kombinasi reka bentuk tradisi Islam, Asia Barat dan Melayu asli. Antara lokasi pilihan pelancong bergambar.

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

 

Padihijau Homestay, Sabak Bernam

Rumah inap tradisional di Sungai Besar, Sabak Bernam. Seni bina bentuk kon dikelilingi sawah padi menghijau, menjadikannya menarik untuk bergambar.

Padihijau Homestay, Sabak Bernam

 

Jambatan Cinta, Tanjung Sepat, Kuala Langat

Asalnya jeti pendaratan ikan, kini tempat makan dan riadah. Waktu sesuai mengambil gambar pada petang sewaktu matahari terbenam.


Jambatan Cinta, Tanjung Sepat, Kuala Langat

 

Tamarind Square, Cyberjaya, Sepang

Ruang tengah pusat beli-belah itu dihias seolah-olah dalam hutan. Suasana unik menjadikannya sesuai untuk bergambar.

Tamarind Square, Cyberjaya, Sepang

Spacerubix, Puchong, Subang Jaya

Bangunan reka bentuk unik dan warna-warni itu terletak di Puchong. Seni binanya menggamit pengunjung bergambar.

Spacerubix, Puchong, Subang Jaya

 

Kampung Pelangi, Kuala Selangor

Hampir semua rumah dan jalan dicat dengan warna terang. Persekitaran pelbagai warna itu unik dirakam dan dimuat naik ke media sosial.

Kampung Pelangi, Kuala Selangor

 

Bonda Valley, Batang Kali, Hulu Selangor

Penginapan bercirikan konsep tradisional Bali. Struktur binaannya daripada kayu hutan. Tempatnya cukup cantik untuk bergambar.

Bonda Valley, Batang Kali, Hulu Selangor

 

Istana Bandar Jugra, Kuala Langat

Dipengaruhi binaan Islam dari India, China dan Timur Tengah. Istana dengan seni bina klasik ini sesuai dijadikan lokasi bergambar sempena lebaran.

Istana Bandar Jugra, Kuala Langat

 


Pengarang :