Sesi bertanya khabar ketika majlis berbuka puasa bersama kominiti Orang Asli anjuran Lembaga Zakat Selangor di Kampung Bukit Bangkong, Sepang pada 7 April 2022. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor
AGENSISELANGOR

LZS anjur buka puasa, rai 20 asnaf komuniti Orang Asli di Sepang

SHAH ALAM, 10 APRIL: Seramai 20 asnaf komuniti Orang Asli dirai Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam majlis berbuka puasa di Kampung Bukit Bangkong, Sepang pada 7 April lalu.

Selain menyantuni, agensi itu turut menyampaikan sumbangan bagi meringan beban mereka dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

“Seronok apabila kami dapat bertukar cerita bersama asnaf di sini. Sebelum masuk waktu berbuka puasa, kami menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada asnaf mualaf ini.

“Selesai berbuka puasa bersama, kami menunaikan solat fardhu Maghrib, Isyak dan seterusnya solat sunat terawih berjemaah,” katanya di Facebook hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf LZS Md Yusmizan Yusof dan amil kariah Masjid Bukit Bangkong.

“Semoga program kecil ini memberi keceriaan kepada asnaf seterusnya dapat mengeratkan silaturahmi antara LZS dan asnaf,” katanya.


Pengarang :