Kakitangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyumbangkan kotak makanan kepada keluarga asnaf yang disantuni di Felda Sungai Tengi pada 11 April 2023. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor
AGENSISELANGOR

LZS edar 200 bubur lambuk, santuni lima asnaf di Felda Sungai Tengi

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 12 APRIL: Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengedarkan 200 bubur lambuk kepada penduduk di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor semalam.

Agensi itu berkata pihaknya turut menziarah lima keluarga asnaf dan menghulurkan kotak makanan serta juadah berbuka.

“Program berkenaan dianjurkan untuk mengeratkan lagi hubungan dengan penduduk dan masjid di kawasan terbabit.

“Asnaf yang kami disantuni kebanyakannya telah dibantu bantuan kewangan dan makanan bulanan, bantuan pendidikan, bantuan hari raya dan perubatan,” maklumnya di Facebook.

Agensi itu turut menggalakkan umat Islam untuk terus berzakat di LZS bagi memastikan keperluan asnaf dipenuhi hasil wang zakat yang dikeluarkan.

Kakitangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengedarkan bubur lambuk kepada penduduk sekitar Felda Sungai Tengi pada 11 April 2023. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor

Pengarang :