Wakil Lembaga Zakat Selangor (LZS) menghulurkan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Jalan Mawar Batu 10 Kebun Baru, Teluk Panglima Garang, Kuala Langat. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor
AGENSISELANGOR

LZS salur bantuan segera, bakul makanan kepada enam sekeluarga mangsa kebakaran

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 6 APRIL: Enam sekeluarga di Batu 10 Kebun Baru, Teluk Panglima Garang yang hilang tempat berteduh selepas kediaman mereka hangus dijilat api mendapat bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Agensi itu memaklumkan pihaknya menyantuni keluarga terbabit dengan menyerahkan bantuan segera kecemasan dan bakul makanan.

“LZS terus menziarahi keluarga ini sebaik mendapat berita untuk melihat dan menyantuni keadaan mangsa.

“Buat masa ini, mangsa bersama suami dan empat anak tinggal sementara di rumah adik-beradiknya disekitar lokasi kejadian,” maklum agensi itu menerusi Facebook.

LZS berkata bantuan lanjut akan diberikan kepada keluarga berkenaan sebaik pihaknya menerima semua dokumen lengkap.

“Sama-sama kita doakan agar keluarga ini diberikan kekuatan dalam menempuhi ujian pada Ramadan ini.

“Terima kasih buat pengeluar zakat kerana terus berzakat bersama Lembaga Zakat Selangor. Sedikit bagi anda, segalanya buat mereka,” katanya.


Pengarang :