Petugas Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyampaikan sumbangan kepada keluarga bayi yang mempunyai pelbagai masalah kesihatan berdasarkan kiriman Facebook LZS pada 16 April 2023.
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

LZS tanggung kos perubatan bayi satu paru-paru, ada masalah selaput otak

SHAH ALAM, 17 APRIL: Seorang bayi yang mengalami pelbagai masalah kesihatan termasuk memiliki satu paru-paru dan buah pinggang dibantu Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Agensi itu memaklumkan pihaknya akan menanggung keperluan perubatan bayi itu yang turut mengalami masalah berkaitan selaput otak.

“Bayi berkenaan juga mempunyai tulang rusuk terbentuk tidak normal dan masalah pembuangan najis,” katanya di Facebook.

Menurut LZS, pihaknya membuat lawatan selepas mendapat panggilan daripada ibu bayi berkenaan yang juga ibu tunggal kepada dua anak.

“Selain bantuan keperluan perubatan untuk bayi itu, sementara ibu ini dapat kerja tetap, kami akan bantu juga daripada segi sewa rumah serta keperluan mereka yang lain,” katanya.


Pengarang :