Ketua Pegawai Eksekutif LZS Mohd Sabirin Mohd Sarbini (dua, kanan) bergambar bersama Muzakki sempena majlis iftar dan penyerahan zakat Ramadan di Dewan Orkid, Wisma PKPS Shah Alam pada 13 April 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

LZS terima zakat niaga 47 syarikat, individu lebih RM3 juta

SHAH ALAM, 13 APRIL: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima zakat perniagaan daripada 47 syarikat termasuk individu sebanyak RM3.3 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata semua syarikat menerima pengiktirafan Muzakki (Iktiraf) sebagai tanda penghargaan kerana membantu LZS menyantuni asnaf melalui pembayaran zakat.

Maybank Islamic Berhad mendahului senarai syarikat mengeluar zakat berjumlah RM623,138 diikuti Little Caliphs International Sdn Bhd (RM600,000), Bawal Exclusive Sdn Bhd (RM328,659) dan KPJ Selangor Specialist Hospital Sdn Bhd (RM250,000).

Selain itu Koperasi Seri Cheeding Berhad (RM207,750), KPJ Kajang Specialist Hospital Sdn Bhd (RM150,000), Kenanga Investment Bank Berhad (RM145,581), Futurise Sdn Bhd (RM143,812) dan Yayasan Guru Malaysia Berhad (RM120,737.76).

Peserta jemputan mengambil juadah berbuka puasa sempena majlis iftar bersama muzakki dan penyerahan zakat Ramadan di Dewan Orkid, Wisma PKPS Shah Alam pada 13 April 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Mohd Sabirin menambah setakat ini hanya 30 peratus syarikat menunaikan zakat berkenaan selain masih membuka peluang kepada mana-mana syarikat berbuat demikian.

“Hal ini berlaku mungkin kerana adanya kekangan terutama apabila sesebuah syarikat itu mempunyai ramai pemegang saham dan menyebabkan mereka perlu mendapat persetujuan banyak pihak.

“Satu perkara lagi mungkin faktor kewangan syarikat mereka yang menjadi kekangan untuk mengeluarkan zakat perniagaan,” katanya.


Pengarang :