Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menerima kunjungan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bertujuan berkongsi maklumat berkaitan kaedah pengurusan bantuan kebajikan, perlindungan dan pembangunan asnaf mualaf pada 5 April 2023. Foto Facebook Majlis Agama Islam Selangor
AGENSISELANGOR

Mais, LZNK kongsi kaedah urus kebajikan, pembangunan asnaf mualaf 

SHAH ALAM, 6 APRIL: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menerima kunjungan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) di sini, semalam.

Agensi itu memaklumkan pertemuan untuk berkongsi maklumat berkaitan kaedah pengurusan bantuan kebajikan, perlindungan dan pembangunan asnaf mualaf.

“Ia termasuk pengurusan guru pembimbing asnaf mualaf.  Semoga lawatan ini dapat mengeratkan hubungan baik antara Mais dan LZNK terutama dalam pengurusan mualaf di negeri masing-masing,” katanya di Facebook hari ini.

Pertemuan tersebut disertai lima pegawai LZNK diketuai Ketua Divisyen Pembangunan Mualaf dan Dakwah Sosialnya Ustaz Mohd Idris Mohd Yussoff manakala Mais diketuai Pengarah Pembangunan Sosial Mais MAIS Ustaz Suhaimi Ismail.

Pengarang :