Pengerusi Mais Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bergambar bersama penerima sumbangan Mais termasuk anak yatim dalam program agihan bubur lambuk Mais pada 13 April 2023. Foto Facebook Mais
AGENSISELANGOR

Mais peruntuk RM500,000 setahun santuni lebih 9,000 anak yatim di Selangor

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 14 APRIL: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) memperuntukkan RM500,000 setiap tahun bagi menyantuni 9,081 anak yatim di Selangor.

Peruntukan itu disalur menerusi Baitulmal Mais kepada Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) selaku anak syarikat Mais yang mengurus dan menyelia hal ehwal anak yatim di negeri itu.

“Kita berharap bantuan ini dimanfaatkan untuk pengurusan rumah anak yatim di bawah Yide di samping memelihara kebajikan dan hal ehwal pengurusan anak yatim di Selangor,” kata Mais menerusi Facebook.

Tahun ini, sejumlah RM547,020 diperuntukkan untuk hal ehwal pengurusan anak yatim sekitar Selangor.

Pada 25 Mac lalu, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menerima cek cura RM547,020.00 daripada Pengerusi Mais, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri Yide di Masjid Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang, Klang.


Pengarang :