Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ditemani Pengarah Tanah Dan Galian Selangor (PTGS) Dr Yusri Zakariah (kiri) merasmikan Pusat Sehentian PTGS serta Hari Tanpa Tunai Pentadbiran Tanah Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 4 April 2023. Turut sama Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: Pusat sehenti pejabat tanah tingkat kecekapan, permudah urusan pelanggan

SHAH ALAM, 4 APRIL: Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) mewujudkan pusat sehentian (OSC) bagi memudahkan pelanggan menyelesaikan pelbagai urusan berkaitan hanya di satu tempat.

Dato’ Menteri Besar berkata pembinaan kemudahan di tingkat satu Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah itu menelan kos RM10.7 juta dan mula beroperasi pada 1 Mac tahun ini.

Jelas Dato’ Seri Amirudin Shari, OSC tersebut menempatkan semua perkhidmatan iaitu kaunter pendaftaran hak milik tanah, strata, hasil, bilik runding cara dan kiosk serahan Smartbox.

“Selain itu, terdapat 46 kaunter dan enam bilik runding cara yang dilengkapi dengan sistem aplikasi nombor giliran yang canggih iaitu pengambilan nombor secara dalam talian.

“Cadangan pembinaan dan pengubahsuaian OSC ini lahir daripada aspirasi untuk memberi perkhidmatan yang lebih efisien dan memudahkan pelanggan melaksanakan pelbagai urusan tanah di satu tempat.

“Sebelum ini, pelanggan terpaksa berurusan dari satu tingkat ke satu tingkat yang mana memakan masa dan menyukarkan,” katanya ketika berucap merasmikan OSC PTGS dan pelancaran Hari Tanpa Tunai Pentadbiran Tanah Selangor di sini.

Orang ramai berurusan di Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) selepas Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari merasmikan Pusat Sehentian PTGS serta Hari Tanpa Tunai bagi Pentadbiran Tanah Negeri Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Shah Alam pada 4 April 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Beliau berkata penubuhan OSC merupakan langkah awal PTGS ke arah pelaksanaan sistem e-Tanah Selangor yang dijangka dilancarkan pada September ini.

“Justeru, apabila dilancarkan kelak, sistem e-Tanah akan menggunapakai Kaunter Pusat Perkhidmatan Setempat (SPOC)  iaitu membolehkan semua urusan berkaitan tanah dapat dilakukan pada satu kaunter berbanding kaedah biasa yang memerlukan pelanggan berurusan di pelbagai kaunter berlainan,” katanya.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan di OSC PTGS adalah berkaitan urusan penghantaran dokumen serahan tanah dan strata, pungutan perserahan dan pembayaran cukai tanah serta fi.

Orang ramai berurusan di Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) selepas Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari merasmikan Pusat Sehentian PTGS serta Hari Tanpa Tunai bagi Pentadbiran Tanah Negeri Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Shah Alam pada 4 April 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Pengarang :