Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama wakil pengurusan masjid dan surau yang menerima bantuan Ihya’ Ramadan daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dalam satu program di Gombak baru-baru ini. Foto Facebook Amirudin Shari
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MBI belanja lebih RM1.5 juta biaya insentif raya penggerak masjid

SHAH ALAM, 6 APRIL: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI membelanjakan lebih RM1.5 juta bagi membiayai bantuan khas kewangan Aidilfitri kepada penggerak masjid seluruh negeri.

Ketua Komunikasi Sosial Korporatnya Ahmad Azri Zainal Nor memaklumkan sumbangan menerusi Insentif Khas Aidilfitri Kita Selangor melibatkan pengurusan 432 masjid.

“MBI membantu Kerajaan Negeri sumbang kewangan khas kepada imam, bilal, siak dan nazir di semua masjid dari Sabak Bernam ke Saujana Putra,” katanya ketika dihubungi.

Minggu lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan bantuan RM500 kepada penggerak masjid, yang akan dibayar selewat-lewatnya pada 21 April.

Penjawat awam negeri dan guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) pula masing-masing menerima sebulan gaji atau minimum RM1,000 selain pemimpin masyarakat (elaun sebulan).

Turut menerima bantuan kewangan itu ialah guru rakyat sebanyak RM500 dan penjawat awam yang berkhidmat di Selangor dengan gaji pokok bawah RM3,000.


Pengarang :