Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap sempena majlis pelancaran program Kita-Untuk-Kita (K2K) di Pangsapuri PPR Kampung Baru Hicom, Shah Alam pada 8 April 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MBI salur bantuan awal kepada peniaga bazar Ramadan terjejas akibat hujan

SHAH ALAM, 15 APRIL: Peniaga Bazar Ramadan di Greenwood dekat sini semalam yang terjejas akibat hujan dan angin kuat akan dibantu Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Perkara itu disampaikan Dato’ Menteri Besar sebagai maklum balas kepada seorang pengguna media sosial Arif Asyraf.

“Maklumat awal lapan penjaja terkesan, MBI akan salur bantuan awal esok (hari ini) atau lusa (esok),” menurut Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Twitter.

Difahamkan kejadian itu mengakibatkan banyak khemah peniaga bazar Ramadan di kawasan berkaitan terbalik dan tumbang walaupun hujan serta angin kuat berlaku dalam tempoh lima minit.


Pengarang :